Pengaruh sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah mengakibatkan berlakunya porak-peranda pegangan agama dalam kalangan umat Islam. Islam menolak fahaman sekularisme kerana ianya terang-terangan tidak berlandaskan kepada Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui fahaman mereka yang mengaitkan agama dengan individu sahaja dan ia dikatakan tidak berguna, hidup dalam kekosongan, serba salah, tidak tenang dan tanpa arah tujuan serta tidak mememiliki kasih sayang yang sejati.
Sekularisme memisahkan antara urusan agama dari kehidupan manusia. Tetapi ia masih mengakui agama, cuma tempatnya hanya di tempat-tempat ibadah dan majlis-majlis agama sahaja serta tidak boleh mencampuri urusan dunia. Motonya:
“Berikan apa urusan memerintah kepada pemerintah dan apa urusan Allah kepada Allah”.
Pengaruh Sekularisme Terhadap Umat
Islam.
Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani ini merupakan fahaman negatif yang sengaja diwujudkan oleh orang kafir bagi menyesatkan pemikiran umat Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama, menolak agama Islam dan Tuhan yakni Allah S.W.T. Fahaman Sekularisme dapat dinilai dan diteliti dengan memberi tumpuan dalam perkara yang tidak melibatkan urusan keagamaan.
Dari Aspek Agama Pula,
Sekularisme membawa ajaran, pemikiran, fahaman yang memisahkan di antara agama dan kehidupan. Mereka menyatakan bahawa agama Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan manusia.
Pengaruh sekularisme turut meletakkan para ulama hanya golongan yang berperanan di masjid, dan masalah-masalah agama seperti perkahwinan dan ibadah. Manakala urusan berkaitan pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan dairpada golongan ulamak dan mendapat pendidikan di Eropah.
Selain itu, fahaman sekularisme juga mengetengahkan mengenai agama yakni pemisah daripada agama Islam. Mereka menyatakan bahawa agama tidak penting.
Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak berkaitan dengan kehidupan.
Kesan Sekularisme yang dapat dilihat
dalam islam.
Membentuk individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama. Walhal, semua amalan dunia akan dihisab oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.
Nilai akhlak adalah luhur. Namun, dalam sekularisme nilainya adalah pragmatik iaitu boleh berubah berdasarkan kepentingan dalam pelbagai situasi. Ukuran kepentingan ideologi ini adalah ukuran kebendaan yakni materialistik.
Tiada ruang untuk unsur-unsur rohani disuburkan kerana unsur rohani bertunjuan agama semata-mata. Hanya unsur fizikal / material yang dinilai penting.
Sistem perundangan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain adalah bebas daripada apa-apa kongkongan agama. Akal manusia dianggap mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud (demokrasi)
Wujud penindasan dalam masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah kebendaan.
Membawa ideologi sekular dalam pemerintahan Islam. Oleh itu, umat Islam akan menjadi lemah dan tidak kuat walaupun memiliki jumlah yang ramai ibarat" buih di lautan".
Sumber ekonomi Negara dan umat Islam akan menjadi maju tetapi menindas.Terhapusnya dasar Islam yang suci yakni undang-undang Islam dan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mereka lebih mencintai harta daripada Allah serta angkuh dan pentingkan kebanggaan diri mereka sahaja.
Konklusinya, umat Islam haruslah bersatu padu dan tidak terjebak dalam gejala sekularisme yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, kemulian Islam itu terkandung dalam akidah, syariat dan akhlak yang mencerminkan kebenaran fahaman sesuatu perkara.
#Sumber Majalah/Buku "Islam Menolak Sekularisme,Pluralisme dan Liberalisme
No comments:
Post a Comment