Fahaman Sekularsime Di Malaysia.
Maksud Sekularisme
Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini.Malahan, juga membawa erti satu generasi atau zaman.
Istilah: Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia.
Ciri-Ciri Sekularisme.
Pekara-pekara yang berkaitan agama
ditolak tepi.
- Anti agama dan tradisi.
- Akhlak yang digunapakai oleh golongan
- sekularisme tidak tetap (Pragmatik).
- Kebendaan (Materialism) menjadi kayu ukur yang utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara.
- Pendidikan,ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, perubatan dan lain-lain urusan pentadbiran serta semua perkara dipisahkan dari agama.
Amalan Sekularisme.
- Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara.
- Segala macam simbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya.
- Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam.
#Bahan:Buku-buku ilmiah berkaitan Pluralisme,Sekularisme dan Liberalisme.
No comments:
Post a Comment