Tuesday, 2 September 2014

Fahaman Komunisme.

Pengenalan.

Ideologi komunis atau komunisme merupakan ancaman yang pertama dalam abad ke-20 terhadap sistem ekomomi  kapitalis dan liberal. Komunisme adalah sebuah fahaman yang menekankan pemilikan bersama atas sumber (tanah, tenaga kerja, modal) yang bertujuan untuk mencapai masyarakat yang makmur, masyarakat komunis menekankan persamaan kelas dan  semua orang adalah sama. Komunisme disertai dengan prinsip sama rata/sama rasa dalam bidang ekomomi dan sekularisme yang radikal tatkala agama digantikan dengan ideologi komunis yang bersifat doktrin. Jadi,menurut ideologi komunis, kepentingan-kepentingan individu terhad terhadap kehendak parti, negara dan bangsa (kolektivisme).

Ciri-Ciri Ideologi/Fahaman Komunisme.

1.Penganut-penganut komunis mempercayai bahawa sistem kapitalis (pasaran bebas) adalah buruk.Mengikut mereka,golongan pekerja dalam sistem kapitalis amat menderita. 

2.Komunis mempercayai bahawa golongan pekerja harus bersatu dalam persatuan-persatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan.Kemudian,mereka harus mengadakan revolusi untuk menjatuhkan kapitalis.

3.Komunis percaya bahawa masyarakat baru komunis akan menjadi masyarakat yang tidak berkelas. Tidak akan terdapat lagi golongan penindas dan golongan yang ditindas. Semua orang memiliki kekayaan yang sama (tidak akan wujud golongan kaya/elit).

4.Komunis percaya bahawa dalam sebuah negara komunis,semua harta adalah hak milik negara.Orang perseorangan tidak boleh memiliki tanah atau perniagaan.Pemilikan harta persendirian adalah merupakan ciri-ciri kapitalis yang perlu dielakkan.Semua harta mesti dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan. Harta-harta kapitalis akan dirampas.

5.Komunis anti-agama dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan.Mereka menganggap bahawa agama adalah candu masyarakat dan kepercayaan terhdap agama terpulang kepada individu tersebut.


Kebaikan Ideologi Komunisme.

Kebaikan dari ideologi komunisme menganggap semua orang itu sama, sehingga dalam ajaran komunisme memprogramkan hasrat untuk mencapai masyarakat yang makmur dan masyarakat komunis tanpa kelas dan juga mengajarkan teori perjuangan (pertentangan) kelas, misalnya proletariat melawan tuan tanah dan kapitalis.
          kerana ajarannya,banyak rakyat jelata yang miskin sangat tertarik untuk mengikuti ideologi komunisme tersebut.Hal itu bukan disebabkan kerana propaganda ajarannya sahaja tetapi juga kerana tindakan-tindakan nyata untuk mencukupi keperluan sumber mereka. 

Keburukan Fahaman Komunisme.

Keburukan dari ideologi komunisme bersifat atheis (tidak mempercayai Tuhan dan mengangap Tuhan itu tidak ada), kurang menghargai mamnusia sebagai individu dan seangkatan denganya.





Humanisme

Pengenalan

  1. Humanisme adalah satu corak pemikiran yang berasaskan kepada individualisme  dan bersifat sekularistik.  Tujuan utamanya adalah untuk memartabatkan manusia sebagai individu yang mampu mengatasi masalah yang mereka hadapi di dunia ini  melalui penggunaan kekuatan pemikiran mereka sendiri.
  2.  Pemikiran humanisme sudah muncul sejak zaman Yunani lagi, tetapi telah dipinggirkan setelah agama Krisitian mendominasi corak berfikir orang Eropah sepanjang zaman pertengahan.Namun begitu, bermula pada abad ke-12 dan ke-13,setelah berlakunya perkembangan perdagangan dan kemunculan semula bandar-bandar di Itali sebagai pusat perdagangan, pemikiran humanisme telah muncul semula.
  3. Golongan borjuis yang menguasai pentadbiran bandar-bandar di Itali memberikan sambutan baik terhadap pemikiran tersebut.Mereka menjadi penaung utama kepada golongan intelektual yang melakukan pengumpulan dan kajian ke atas karya-karya klasik. 
  4.  Menjelang tahun 1400, sebahagian besar manuskrip klasik Yunani di temui dan dikumpulkan di pelbagai perpustakaan  di Itali.  Manuskrip kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Itali dan Latin. Hasilnya, bermula pada abad ke-15 sehingga pertengahan abad ke-17 humanisme muncul sebagai corak pemikiran yang dominan di benua Eropah.  Pemikiran ini dimanifestasikan melalui perbagai hasil kegiatan kesusasteraan, kesenian, pendidikan dan juga falsafah.
  5. Selepas pertengahan abad ke-17, meskipun humanisme terus mencorakkan pemikiran Eropah, tetapi pengaruhnya tidak dominan lagi setelah munculnya corak pemikiran lain, seperti kapitalisme, absolutism dan nasionalisme

 
Kemunculan Humanisme

  • Humanisme muncul dalam bentuk kebangkitan pembelajaran dan pengkajian karya-karya klasik Yunani
  • Para sarjana bergiat mengumpul manuskrip klasik dan memperkenalkan karya sastera/literature Yunani-Rumawi di sekolah dan universiti.

Tumpuan pemikiran dan idea Humanisme.

Mereka Menyalin semula karya klasik dan mula menerapkan cara berfikir klasik,
 kaedah berkarya dan memberikan apresiasi yang tinggi terhadap kajian kemanusiaan (Humanitities)–tumpuannya kepada dignity manusia sebagai individu dan kedudukannya yang dominan dalam alam semesta.Kajian kemanusiaan juga perihatin kepada permasalahan dan cabaran hidup semasa.


Tokoh Humanisme.

  • Gerakan ini  dipelopori oleh Francesco Petrarca dan Giovanni Baccacio.  Boccacio telah menghasilkan novel  bertajuk Fiammetta.  Dianggap sebagai  novel psikologi pertama di Eropah yang menggunakan pemikiran humansime.  Persoalan dalam novel tidak lagi merujuk kepada soal keimanan dan moral Krisitian.

Kemajuan Fahaman Humanisme.

  1. Perkembangan humanism semakin pesat setelah keruntuhan empayar Byzantine dan kejatuhan Constantinople akibat penghijrahan para sarjana Byzantine yang membawa bersama beribu-ribu manuskrip ke Itali, khususnya Florence, Venice dan Rome.
  2. Tahap puncak kemajuan pemikiran humanisme di Itali dan Eropah Utara.
  3. Kemajuan pemikiran humanisme dimanifestasikan.
  4. Pendidikan di Itali–bermula awal abad ke-15, golongan humanis muncul sebagai sarjana sekular yang paling awal di Eropah. Mereka menguasai universiti Itali, kemudiannya meluas ke peringkat sekolah.
  5. Kemunculan sekolah swasta–menawarkan ilmu kemanusiaan seperti Sejarah, tatabahasa,Retorik,Sajak dan falsafah moral–bertanggungjawab mengembangkan pemikiran humanisme, dan mula meminggirkan pengaruh gereja dan pemikiran agama.   
  6. Sejak abad ke-16, pendidikan yang berasaskan humanisme turut berkembang pesat di Utara Eropah, khasnya Perancis, German dan England.


Pengaruh Humanisme dalam pelbagai bidang.

  1. Falsafah – Perkembangan pemikiran  dan kaedah pembelajaran Platonisme dan pemikiran Ibnu Rush.   Cosmode Medici, menubuhkan Akademi Plato di Florence untuk mengkaji falsafah dan pemikiran Plato.  Munculnya golongan sarjana yang dikenali sebagai Latin Averroce, yang mempopularkan konsep ‘kebenaran berganda’, diterima baik oleh golongan humanis.  Kemunculan sarjana yang kritis  seperti  Lorenzo Valla, mempelopori Hermeneutika, kaedah analisis teks Nicollo Machiavelli   menerapkan kaedah induksi/emperikalisme dalam kajian  sejarah dan politik.  Menekankan kepada fakta yang dapat diperhatikan.
  2. Para sarjana humanis mempelopori  gerakan kajian teks – mengambil sikap yang kritikal terhadap apa sahaja bentuk skrip bertulis dan memberikan perhatian kepada fakta empiris.  Tujuannya, membebaskan para sarjana daripada kebebasan yang berasaskan autoriti dan akal/logika.  Menggalakkan para sarjana mencari kebenaran melalui kajian empirikal.  The Prince dihasilkan oleh  Machiavelli dengan  menggunakan kaedah empirikal melalui pemungutan data dalam rekod sejarah dan pengalaman peribadi.  Pemikiran humanisme dan kaedah penelitian yang dikembangkan sarjana Humanisme menjadi landasan kepada perkembangan falsafah moden dan  sains kemudiannya.
  3. Kesenian dan kesusasteraan  pemikiran humanisme dalam kesenian dan kesusasteraan berkembang melalui doktrin naturalisme dan realisme. Dimanifestasikan menerusi karya seni tokoh humanis terkemuka sepanjang anad ke15, 16 dan 17.  Contohnya, Leonardo Da Vinci – Monalisa dan The Last Supper; Michelanglo Buonerroti – The Last Supper, The Creation of Adam, dan David; Francois Rabelais – karya satira – Gargantuan & Pantagruel; St Thomas Moore, Utopia- karya tentang Negara ideal; Miguel  de Cervantes- Don Quixote, karya satira.  Michael Montaigne, Karya bertajuk essays – himpunan tulisan bentuk rencana; Disiderus Erasmus dengan karya The Praise of Folly – mempelopori humanisme krtistian: reformasi  spiritual dan agama yang murni;   William Shakespheare – karya dalam bentuk drama, Hamlet, Merchant of Venice, Othello, MacBeth, Romeo and Juliet. 
  4. Intipati  kepada karya tokoh di atas fokus pemikiran mereka kepada kebebasan dan digniti manusia sebagai individu (L’uomo Universale ) atau manusia universal/manusia sempurna dan kepentingan kedudukan mereka dalam alam semesta/kosmos. Menunjukkan keyakinan terhadap kebaikan sifat manusia dan kemampuan mereka mengatasi permasalahan dengan menggunakan akal.
  5. Selepas pertengahan abad ke-17, meskipun humanisme terus mencorakkan pemikiran Eropah, tetapi pengaruhnya tidak dominan lagi setelah munculnya corak pemikiran lain, seperti kapitalisme, absolutisme dan nasionalisme.
#Pelbagai Buku berkenaan Fahaman/Ideologi.

Wednesday, 27 August 2014

Fahaman Liberalisme.

Definisi

Liberalisme adalah satu fahaman, falsafah dan tradisi politik yang meletakkan kebebasan satu nilai politik yang tertinggi.Dijelaskan bahawa perkataan liberal diambil dari bahasa Latin iaitu liber, free. Liberalisme secara etimologis bermaksud falsafah politik yang menekankan nilai kebebasan individu dan peranan negara dalam melindungi hak-hak warganya.Sejarah Liberalisme termasuk juga Liberalisasi agama adalah tonggak baru bagi sejarah kehidupan masyarakat Barat dan kerana itu, ia dikaitkan dengan zaman pencerahan (Western Enlightenment).

Secara sepintas lalu ungkapan ‘liberal’ mengikut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar bermaksud ‘orang yang berfahaman bebas’. Istilah ‘liberal’ merujuk kepada keadaan atau sikap manusia atau gerakan tertentu yang menghargai gagasan atau perasaan orang lain,yang mendukung perubahan sosial, politik dan keagamaan. Secara literal, ‘liberal’ bererti mempunyai pandangan yang luas. Secara khusus merujuk kepada fahaman yang mementingkan kebebasan individu(Kapitalisme) untuk bertindak dan melahirkan pendapat mengikut cara dan pilihannya sendiri. 


Penggunaan frasa Liberalisme secara amnya dilihat dari konteks demokrasi liberal.Di dalam erti kata lain, merujuk kepada kuasa kerajaan yang terhad dan hak-hak rakyat yang bebas.Liberalisme diguna pakai oleh hampir kesemua demokrasi Barat. Oleh itu Liberalisme tidak semestinya berkaitan dengan parti politik liberal secara eksklusif.




Ciri-Ciri Liberalisme.


A.Bidang ekonomi yang mengunakan fahaman kapitalisme.Ekonomi diserahkan kepada kepentingan individu sehingga menimbulkan pertentangan kerana yang kaya makin kaya dan yang miskin makin bertambah miskin.Ekonomi kapitalisme memberikan kemerdekaan dan kekayaan kepada segelinitir kecil masyarakat sahaja, tidak kepada rakyat banyak.

B.Bidang sosial budaya, anggota masyarakatnya bersifat perseorangan/individu dan sangat mementingkan prestasi peribadi.

C.Pengenalan fahaman sekular,bermaksud negara tidak campur tangan dalam urusan agama sebab agama adalah urusan peribadi.

Bentuk Pemikiran yang diperjuangkan 

oleh Ahli Liberalisme.

1.Memperjuangkan pluralisme agama.
Pendokong fahaman liberal menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni menyembah Tuhan yang satu dan semuanya membawa ke jalan kebenaran. Akibatnya timbullah kes seperti Sambutan Kongsi-Raya antara agama yang difatwakan haram oleh Muzakarah Ulama 2006 di Perak.
2.Mendesak agar diberikan hak kebebasan untuk murtad kepada orang Islam.
Mereka memperjuangkan ide ini seperti yang terjadi dalam kes Lina Joy kerana terpengaruh dengan konsep Hak Asasi Manusia tajaan Barat yang memutlakkan hak kebebasan individu dalam beragama, di samping kejahilan mereka menafsirkan Al-Qur’an dan Hadis mengikut citarasa mereka seperti ayat 256 surah al-Baqarah. Perjuangan mereka diperhebatkan lagi dengan penubuhan Inter-Faith Council (IFC) yang cuba menghakis ajaran Islam yang dilihat bertentangan dengan ide kebebasan beragama mereka.
3.Menyatakan Al-Qur’an perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman. Pendokong fahaman liberal mengatakan bahawa Al-Qur’an perlu ditafsirkan semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu yang sudah ketinggalan zaman. Mereka berpendirian bahawa pentafsiran baru bagi Al-Qur’an tidak perlu terikat dengan disiplin ilmu tafsir dan memadai hanya dengan akal serta rasional semata-mata.
4.Mempertikati syari’at dan hukum Allah swt dengan hujah rasional 
Seperti hukum faraid, poligami, kewajipan bertudung bagi wanita, hukuman bunuh bagi orang murtad, hukum hudud, hak suami mencerai isteri dan larangan berkahwin antara orang Islam dan bukan Islam.
5.Menolak penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama.
Mereka mengatakan bahawa undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia serta mendesak pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Negeri supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat.
6. Mendokong gerakan pembebasan wanita (feminisme).
Mereka menyeru agar wanita Islam mencontohi wanita Barat dan menuntut persamaan hak antara lelaki dan wanita seperti pembahagian harta pusaka, poligami, hak penceraian serta menentang pakaian menutup aurat.
7.Meragui kesahihan sebahagian teks Al-Qur’an dan penyusunannya.
mengatakan bahawa teks Al-Qur’an telah dicemari dan ditambah-tambah oleh para sahabat Rasulullah saw seperti dalam surah at-Taubah.
8.Mempertikai dan mendakwa hadis Nabi saw bercanggah dengan Al-Qur’an.
Mereka melaga-lagakan hadis Nabis saw yang kelihatan bertentangan dengan Al-Qur’an sedangkan sebenarnya mereka tidak memiliki keahlian dalam mengeluarkan hukum.
9.Meragui keperibadian Rasulullah saw.
mengatakan Rasulullah S.A.W gila seks dan sebagainya.

#Sumber Buku berkaitan Fahaman Pluralisme&Liberalisme.

Fahaman Pluralisme Agama

Maksud


Pluralisme agama ialah satu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama.Ia adalah satu bentuk tolenrasi agama dimana agama apa-apa pun dalam pandangan fahaman ini hanyalah merupakan jalan yang berbeza untuk menuju titik kebenaran yang sama (different way of the same truth).Kerana itu,tidak boleh ada 'Dakwaan kebenaran' (claim of truth) dari agama mana-mana bahawa agama mereka lah yang paling benar dan juga tidak boleh ada dakwaan bahawa keselamatan sebenar ( true salvation) dari seksa neraka hanya diperoleh apibila memeluk agama tertentu sahaja.
Menurut fahaman ini,agama yang ada hanyalah jalan yang berbeza menuju titik kebenaran yang sama maka semua agama pasti akan menghantar ahli/pemeluknya menuju syurga.
Dari idea pluralisme inilah maka lahir perbagai gagasan.Sebagai usaha ke arah mewujubkan tolenrasi beragama seperti dialog antara agama,doa,perayaan sebagainya bersama.

Ciri-Ciri Pluralisme Agama


1.Mempunyai satu gerakan yang terancang yang berlindung di bawah gerakan-gerakan seperti global ethicshuman rights dan interfaith dialogue atau dialogue of faith dan civilizational dialogue.
2.Mempunyai jaringan luas hampir di seluruh dunia termasuklah Malaysia dan telah lama berakar umbi di Indonesia.
3.Ideologi dan fahaman pluralisme agama merupakan suatu serangan mental dan penjajahan pemikiran yang berbahaya terhadap Islam serta penganutnya. Ia dilakukan secara halus untuk mengelirukan pemikiran umat Islam atas nama rasional, toleransi dan perpaduan.
4.Mempunyai elemen-elemen fahaman Islam Liberal, sekularisme, rasionalisme, penolakan terhadap autoriti keagamaan,kelemahan dalam perbahasan mengenai hakikat kebenaran sesuatu agama dan sentiasa cuba menyamakan ajaran-ajaran agama yang berbagai.
5.Mempromosi nilai-nilai barat dengan berselindung di sebalik slogan dan penekanan kepada terminologi universal values, good values, shared-values, positive values, noble values dan istilah-istilah yang sering didengari.
6.Menanamkan bibit kekeliruan dan ketidakpastian dengan menggunakan moto yang kelihatan baik seperti “One God Different Ways”, “Unity in Diversity”, dan seangkatanya.
7.Memisahkan nilai agama dengan menyatakan nilai sejagat atau universal mengatasi kebaikan nilai agama dan ini menidakkan peranan agama dalam kehidupan seseorang.
8.Apabila fahaman ini menyatakan nilai-nilai yang diterima majoriti itu adalah suatu kebaikan, maka ia sebenarnya menolak autoriti agama, kesahihan agama dan keabsahan agama.
9.Memperjuangkan kebebasan mengeluarkan pendapat dalam beragama kononnya setiap orang berhak untuk memberikan pandangan walaupun pandangan itu sebenarnya bertentangan dengan agama atau pandangan itu boleh menyakitkan hati penganut-penganut agama lain.
10.Metodologi yang digunakan mereka iaitu relativisme iaitu dengan menyatakan bahawa kebenaran adalah relatif dan tidak boleh didakwa mana-mana pihak yang bertujuan memberi kebebasan yang mutlak dalam mengeluarkan pendapat dalam agama masing-masing. Jika kebenaran adalah relatif, maka agama juga bermakna bukanlah sesuatu yang benar dan tidak mutlak.
11.Pluralisme agama lebih cenderung meletakkan akal melebihi agama kerana akal dianggap sebagai berautonomi dan mampu memikirkan segala-galanya.

#Sumber pelbagai buku-buku ilmiah.

Tuesday, 26 August 2014

Kenapa Islam Menolak Sekularisme????

Pengaruh sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah mengakibatkan berlakunya porak-peranda pegangan agama dalam kalangan umat Islam. Islam menolak fahaman sekularisme kerana ianya terang-terangan tidak berlandaskan kepada Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui fahaman mereka yang mengaitkan agama dengan individu sahaja dan ia dikatakan tidak berguna, hidup dalam kekosongan, serba salah, tidak tenang dan tanpa arah tujuan serta tidak mememiliki kasih sayang yang sejati.
Sekularisme memisahkan antara urusan agama dari kehidupan manusia. Tetapi ia masih mengakui agama, cuma tempatnya hanya di tempat-tempat ibadah dan majlis-majlis agama sahaja serta tidak boleh mencampuri urusan dunia. Motonya:
“Berikan apa urusan memerintah kepada pemerintah dan apa urusan Allah kepada Allah”.

Pengaruh Sekularisme Terhadap Umat 
Islam.

Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani ini merupakan fahaman negatif yang sengaja diwujudkan oleh orang kafir bagi menyesatkan pemikiran umat  Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama, menolak agama Islam dan Tuhan yakni Allah S.W.T. Fahaman Sekularisme dapat dinilai dan diteliti dengan memberi tumpuan dalam perkara yang tidak melibatkan urusan keagamaan.

Dari Aspek Agama Pula,

Sekularisme membawa ajaran, pemikiran, fahaman yang memisahkan di antara agama dan kehidupan.  Mereka menyatakan bahawa agama Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan manusia.
Pengaruh sekularisme turut meletakkan para ulama hanya golongan yang berperanan di masjid, dan masalah-masalah agama  seperti perkahwinan dan ibadah. Manakala urusan berkaitan pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan dairpada golongan ulamak dan mendapat pendidikan di Eropah.
Selain itu, fahaman sekularisme juga mengetengahkan mengenai agama yakni pemisah daripada agama Islam. Mereka menyatakan bahawa agama tidak penting.
Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak berkaitan dengan kehidupan.

Kesan Sekularisme yang dapat dilihat 
dalam islam.

Membentuk individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama. Walhal, semua amalan dunia akan dihisab oleh   Allah S.W.T di akhirat kelak.
Nilai akhlak adalah luhur. Namun, dalam sekularisme nilainya adalah pragmatik iaitu boleh berubah berdasarkan kepentingan dalam pelbagai situasi. Ukuran kepentingan ideologi ini adalah ukuran kebendaan yakni materialistik.
Tiada ruang untuk unsur-unsur rohani disuburkan kerana unsur rohani bertunjuan agama semata-mata. Hanya unsur fizikal / material yang dinilai  penting.
Sistem perundangan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain adalah bebas daripada apa-apa kongkongan agama. Akal manusia dianggap mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud (demokrasi)
Wujud penindasan dalam masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah kebendaan.
Membawa ideologi sekular dalam pemerintahan Islam. Oleh itu, umat Islam akan menjadi lemah dan tidak kuat walaupun memiliki jumlah yang ramai ibarat" buih di lautan".
Sumber ekonomi Negara dan umat Islam akan menjadi maju tetapi menindas.Terhapusnya dasar Islam yang suci yakni undang-undang Islam dan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mereka lebih mencintai harta daripada Allah serta angkuh dan pentingkan kebanggaan diri mereka sahaja.
Konklusinya, umat Islam haruslah bersatu padu dan tidak terjebak dalam gejala sekularisme yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, kemulian Islam itu terkandung dalam akidah, syariat dan akhlak yang mencerminkan kebenaran fahaman sesuatu perkara.

#Sumber Majalah/Buku "Islam Menolak Sekularisme,Pluralisme dan Liberalisme


Fahaman Sekularsime Di Malaysia.


Maksud Sekularisme


Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini.Malahan, juga membawa erti satu generasi atau zaman.
Istilah: Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran  daripada urusan-urusan agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia.


Ciri-Ciri Sekularisme.


Pekara-pekara yang berkaitan agama 
ditolak tepi.

  1. Anti agama dan tradisi.
  2. Akhlak yang digunapakai oleh golongan 
  3. sekularisme tidak tetap (Pragmatik).
  4. Kebendaan (Materialism) menjadi kayu ukur yang utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara.
  5. Pendidikan,ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, perubatan dan lain-lain urusan pentadbiran serta  semua perkara dipisahkan dari agama.

Amalan Sekularisme.

  1. Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara.
  2. Segala macam simbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya.
  3. Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam.

#Bahan:Buku-buku ilmiah berkaitan Pluralisme,Sekularisme dan      Liberalisme.


Sejarah Politik Malaysia.
Bangunan Parlimen Malaysia yang bertempat di Kuala Lumpur.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Malaysia mengamal sistem parlimen dwi-dewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.
Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, pengangkutan, dan hal-hal lain.

#Sumber Buku Pengajian Am yang Pelbagai Keluaran.